Apa itu Elliot wave - Better Bolded

Apa itu Elliot wave


Dalam tahun 1920-an, seorang lelaki dengan nama Ralph Nelson Elliot telah menerbitkan sebuah buku bertajuk The Wave Principle. Dalam buku ini terdapat analisis pasaran saham berusia 92 tahun yang bernilai, ia digabungkan dengan bukti-bukti yang beliau harapkan akan membuktikan teori beliau bahawa pasaran diniagakan dalam kitaran secara berulang-ulang. Beliau menamakan perubahan ayunan atas dan ayunan bawah sebagai "gelombang" (waves) harga dan menjelaskan bahawa perubahan ini adalah disebabkan oleh pengaruh luar dan psikologi pelabur.

Asas Teori Elliot Wave

Elliot menunjukkan kepada kita bahawa tren pasaran bergerak dalam 5 - 3 corak gelombang. Beliau memberikan nombor kepada gelombang ini daripada satu sehingga lima. Gelombang bernombor ganjil dipanggil impuls, dan gelombang bernombor genap dipanggil pembetulan (corrections). 

Baiklah, sekiranya kita boleh melihat dengan jelas lima gelombang yang berasingan ini. Nombor ganjil, 1, 3 & 5 melanjutkan trend dalam harga, manakala gelombang bernombor genap, 2 & 4, bergerak berlawanan terhadap trend harga. Selepas lima gelombang trend menaik awal ini, kebiasaanya terdapat pembalikan (reversal) yang dipanggil countertrend


Elliot mengatakan dalam teori beliau bahawa terdapat 21 pembetulan (corrective) corak ABC (seperti yang dilihat di atas), yang terdiri daripada tahap mudah ke tahap kompleks. Anda tidak perlu belajar kesemuanya. Ia adalah penting untuk memahami hanya kepada tiga formasi mudah, iaitu; ziz-zag, formasi rata (the flat) dan pembentukan segitiga (triangle).

Pembentukan Zig-Zag

Satu pembentukan zig-zag adalah pembentukan satu pergerakan yang sangat curam atau mendadak pada harga. Pergerakan mendadak ini biasanya bertentangan dengan kecenderungan dominan (predominant). Berikut adalah beberapa ciri-ciri kebiasaan kepada pembentukan zig-zag: -        Gelombang B (Wave B) sering menjadi yang terpendek, berbanding dengan A dan C. -        Zig-zag boleh berlaku dua kali atau tiga kali dalam satu pembetulan (correction).

Formasi Rata (Flat)

Dalam jenis pembentukan ini, gelombang umumnya adalah pada keadaan yang sama panjang. Gelombang B (wave) akan beralih arah (reverse) keapda pergerakan gelombang A, manakala gelombang C membalikkan semula pergerakan gelombang B. Mereka tidak sentiasa sama, kadang kala gelombang B boleh bergerak melampaui atau melebihi gelombang A.

Triangle Bentukan

Pembentukan segitiga adalah salah satu corak pembetulan (corrective) di mana ia terikat dengan sama ada penumpuan atau kecapahan (converging or diverging) baris-baris trend. Formasi segitiga adalah dibentuk oleh 5 gelombang, ia bergerak melawan trend dalam pergerakan lingkungan (sideways). Segi tiga ini sama ada boleh berbentuk menurun, menaik, mengembang atau simetri.
Powered by Blogger.